المدة الزمنية 18:3

Soto yang sangat sedap dengan nasi impit yang lembut

بواسطة Azlita Masam Manis
363 031 مشاهدة
0
4.3 K
تم نشره في 2020/04/29

Semalam sempat sediakan soto untuk juadah berbuka puasa. Soto adalah makanan kesukaan ita dan keluarga juga. Kalau bulan puasa dan hari raya tak sediakan soto rasanya macam tak lengkap je.. Memasak soto ni tak lah susah sangat tapi penyediaan bahan-bahannya yang mengambil masa yang agak lama. Kali ni ita masak mengunakan rempah asli. Biasa ita guna rempah soto.. tapi tidak untuk kali ni , sebab mana tau ada yang nak buat tak ada rempah soto tak jadi pula nak buatkan.. Rasanya soto ini makanan yang popular di selatan tanah air je.. sebab bila ita ke pantai timur orang di sana tak pandai makan soto ni.. Kalau di Johor soto juga di jadikan juadah untuk sarapan pagi. Soto bukan sahaja boleh di makan dengan nasi impit, malahan enak dan sedap di makan bersama mi hoon dan mee kuning. Kalau tanya ita semua ita suka.. asal namanya soto Nasi impit kali ini ita buat sendiri. Selalu beli je yang NONA atau Adabi. Tapi ada kala tak berapa sedap tu yang ita buat sendiri je nasi impitnya.. Ok jom ikut kak ita masuk dapur dan kita memasak soto SOTO Bahan Kisar 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inc halia 1 inc kunyit hidup 2 batang serai 1 inc lengkuas Bahan Tumis dan Rempah 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih * dua bahan di atas di sangai tanpa minyak 2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum cengkih 4 biji pelaga Bahan lain 1 ekor ayam ~ potong 4 Air secukupnya Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa 2 kiub ayam * cara memasak rujuk video ya BEGEDIL DAGING 2 biji kentang 250 gm daging cincang 2 biji telur 1/2 cawan bawang goreng daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus 2 sudu teh lada sulah garam secukup rasa Sedikit minyak untuk meggoreng. * cara masak rujuk video ya Resepi nasi himpin ni sukatan bergantung pada jenis beras ya sebab ada beras yang kena banyak air ada yang kurang air, jadi semuanya bergantung pada beras NASI IMPIT 3 cawan beras 6 cawan air sedikit garam * cara masak rujuk video ya SAMBAL KICAP 15 tangkai cili padi 6 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar kicap masin secubit garam 3 sudu besar gula melaka yang di hiris 2 biji limau kasturi * cara buat rujuk video #stayathome #salamramadhan #juadahberbuka

الفئة

عرض المزيد

تعليقات - 214